Maahad Integrasi Tahfiz Istana Bandar (MITIB) Jugra dan Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Klang menerima 9 orang guru dari Timur Tengah bagi mengukuhkan lagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab di dua sekolah tahfiz tersebut. Satu majlis rasmi pelantikan guru-guru warga Arab tersebut telah diadakan di Bilik Mesyuarat MAIS Tingkat 10 , Bangunan Sultan Idris Shah yang diadakan pada 7 Januari 2011. Antara yang hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah JAIS yang baru, Tn. Hj. Marzuki Bin Hussin, Timbalan Pengerusi MAIS, Ustaz Halim Hafiz Bin Salehin, Ketua Penolong Pengarah (Pendidikan Islam), Tn. Hj. Mohamad Amir Bin Haji Danuri serta pegawai-pegawai kanan pengurusan pendidikan.
Majlis berkenaan turut dihadiri oleh 2 orang Pengetua Maahad Integrasi Tahfiz, Ustaz Anas Bin Ayob (MITIB) dan Ustazah Rosni Binti Ahmed (MITS Klang). Seramai 6 orang guru warga arab hadir dalam majlis berkenaan dan 3 orang lagi akan menyusul kemudian kerana faktor-faktor tertentu di negara asal mereka. Empat orang guru warga arab akan ditempatkan di MITIB manakala bakinya di MITS Klang. Guru warga arab ini juga akan menganggotai satu jawatankuasa Pusat Bahasa Arab bagi memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab di Sekolah-sekolah Agama JAIS.Menurut Ketua Sektor Akademik. Ustaz Ahmad Bustaman Bin Hj Abd Latif, "guru-guru ini akan menjadikan sekolah-sekolah berkenaan sebagai zon bahasa arab dan murid-murid akan diawasi perbualannya bagi mengelakkan murid-murid berbual dalam bahasa ibunda ketika di sekolah". Tegas beliau lagi, tindakan membawa guru-guru warga arab ini adalah sebagai tindakan proaktif bagi melahirkan murid-murid yang cintakan Bahasa Arab. Semasa majlis tersebut, Ustaz Muallimin, telah menyampaikan taklimat kepada semua yang hadir. Pihak MAIS amnya dan Bahagian Pendidikan JAIS khasnya berharap, usaha seperti ini akan dapat memertabtkan lagi pendidikan Islam khasnya di negeri Selangor.
No comments:
Post a Comment