Seramai 227 orang murid Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Klang terlibat dalam program memperkasakan Bahasa Arab di sekolah-sekolah agama JAIS. Satu majlis pelancaran program pembudayaan bahasa Arab telah diadakan di Musolla Maahad Integrasi yang dihadiri oleh guru-guru warga Arab dan tenaga pengajar maahad tahfiz berkenaan.
Taklimat telah disampaikan oleh Ustaz Mualimin yang ditugaskan untuk melaksanakan program memperkasa Bahasa Arab di dua buah Maahad Tahfiz Negeri Selangor. Seramai empat orang guru warga Arab akan ditempatkan di Maahad Integrasi Tahfiz Klang dan antara yang hadir dalam program berkenaan ialah Ustaz Sa'id Abdul Khaliq Abdul Hadi Syalabi, Ustazah Faizah Syalabi Abdul Hadi Abu Hilwah dan Ustaz Mohamed Moustafa Mohamad Ibrahim yang kesemuanya berasal dari Mesir.Program yang dilancarkan ini bertujuan membudayakan penggunaan bahasa Arab dalam pertuturan seharian di samping sebagai pengukuhan kepada hafazan al-quran murid-murid di sekolah.
No comments:
Post a Comment